Monday, January 5, 2009

cinta...



Cinta Pergi Dari Sisiku Tanpa Kerelaan Hati.
Dalam Gembira,Ada Duka
Tapi Ku Yakin " Derita Itu Bukan Milikku Selamanya"
Bahagia Pasti Menjadi Milikku

Tuesday, December 23, 2008

Khas Buat Norliana

Hadirmu kasih apakah satu ketentuan ku cuba menghindarinya namunku tak berdaya kucuba melupakanmu bayanganmu mengekori langkahku mengapa harus terjadi dikala hatiku tertutup rapat menerima cinta namun... ..aku tertewas jua kerana... ... takdir mengatasi segalanya Kelembutan kasihmu membawa sinar dalam hidupku kita ditakdirkan bertemu & menjadi pasangan bahagia ditaburi bunga-bunga indah meraikan cinta kita Kehadiranmu... .. melenyapkan sepiku gurau sendamu memenuhi ruang kamarku renungan matamu mengungkap seribu rahsia senyumanmu membuatkan hatiku tertawan kini... .. ku pasrah dengan ketentuan-Nya kau dan aku ditakdirkan bersama... ... .

Sunday, November 23, 2008

COVER MALU...


1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.." oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda... .

6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula... .

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu... ye tak?... .

koleksi lawak kata

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT: Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air.
(Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)

Pen merah, pen biru, pen hitam... .
Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...
Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.

Aku rasa kau kena diet laa... . Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya... ..


SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jum[pa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu... .
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kamoung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!


DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!


SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.


SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER


SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.


Alahai buaya, ini manusia memang bahaya, hidup penuh foya-foya, habis anak dara diperdaya, sekali pandang tampan bergaya, rupanya penipu berjaya.

cerita lawak


Story 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumah dia.

Story 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan,
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Story 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"
"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Story 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu.

Story 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu."

Sunday, November 2, 2008

Kisah untuk renungan


Assalamualaikum

Mungkin ada di antara kita telah pun mengetahui kisah yg akan saya ceritakan seperti berikut:-

Pd suatu mlm kira2 jam 3 pg, seorg doktor telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu tlh membuatkan doktor itu bangun lalu menjwb panggilan tersebut. Ternyata ianya dibuat dari hospital tempat beliau bertugas. Jururawat memberitahu bahawa seorg pemuda terlibat dlm satu kemalangan dan berada di Unit Kecemasan. Dia benar2 memerlukan khidmat doktor tersebut.

Apabila sampai di hospital, doktor itu mendpti mangsa adalah seorg remaja Melayu dlm lingkungan 18 thn dlm keadaan tenat dan harapan adalah 40-60. Tulang pehanya patah, tulangnya terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yg teruk di kepala dan kakinya.

Namun doktor ini berusaha utk memasukkan sebotol darah yg baru untuk tujuan penggantian semula darah yg keluar. Namun ia hanya dpt bertahan hanya sementara shj. Ketika itu keadaan remaja tersebut tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia tlh muntah dgn byk dan baunya amat busuk sekali.

Setlah beberapa ketika, remaja terbabit mula membuka mata dan keadaannya masih dlm keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendptkannya lalu mula bertanyakan beberapa keadaan utk mempastikan keadaan kepalanya.

Doktor : "Di manakah awak skrg?"
Remaja : "Saya rasa di kandang lembu"
Doktor : "Ok, tak apa (lantas doktor itu terus memberikan satu suntikan penenang utk remaja itu berehat). Namun setlah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata & doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yg sama.

Doktor : "Di manakah awak skrg?"
Remaja : "Saya rasa di kandang kuda"

Doktor terus bertanya lagi agar dpt memulihkan keadaannya. Setlah agak lama bertanya, barulah doktor itu mengetahui yg remaja itu terbabit dlm kemalangan setlh meminum arak seblm berlumba dgn kelajuan 180 km/j. Motosikalnya tidak dpt dikawal & melanggar seorg tua yg meninggal di tempat kejadian. Apabila mendengarkannya remaja itu menangis teresak-esak & benar2 menyesal.

lantas doktor itu bertanya lagi, "Adakah kamu pernah bersolat sebelum ini?". Remaja itu menjwb bahwa dia tidak pernah solat sejak baligh. Terlintas di fikiran doktor itu yg skrg "time is running out!" dia perlu buat sesuatu seblm remaja itu pergi mengadap Allah S.W.T tanpa sebrg bekalan. Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja itu mengucap 2 kalimah syahadah tapi gagal.

Jam skrg menunjukkan pukul 5.56 pg. Tiba2 kedengaran azan suboh sayup2. Lantas doktor itu mengajak remaja itu utk solat suboh buat kali yg pertama sejak baligh. Lantas dgn bantuan doktor & jururawat, remaja berkenaan dpt mengambil wuduk secara ala kadar.

Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dgn menggunakan isyarat mata shj. Dan dari situ doktor tersebut dpt melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu utk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus2 mengalir. Seblm itu remaja itu sering kali bertanya kpd doktor, "Adakah taubat saya diterima Allah?" dgn nada sebak.

Setlh solat keadaannya masih lagi kritikal. Sejurus kemudian kedua ibubapanya yg tlh berpisah dtg. Remaja itu terus menyalahkan kedua org tuanya krn mrk dia jadi begitu. Dgn izin Allah kedua-dua org tua remaja itu mendirikan solat yg seblm ini tidak pernah mrk kerjakan.

Selesai solat doktor memberitahu bahawa anak mrk semakin kritikal dan mungkin akan meninggal bila2 masa shj. Siibu pun menghampiri anaknya sambil cuba mengajar mengucap 2 kalimah syahadah. Tapi malang sekali lagi remaja itu tidak dpt mengucapkannya. Mungkin krn masih ada lagi arak dlm bdnnya. Lalu berkatalah doktor itu dgn perlahan, "Sekiranya kamu benar2 bertaubat insyaAllah Allah akan mengampuni kamu". Remaja itu terus menangis.

Lebih kurang jam 6.45 pg, remaja itu pun menghembuskan nafasnya yg terakhir. Setlh disahkan kematiannya, kemudian doktor itu mengiringi jenazah ke bilik mayat. Maha Suci Allah, berlaku satu keajaiban. Tiba2 doktor itu terdengar satu suara yg amat dikenalinya, suara remaja tadi. Dia tlh dpt mengucap 2 kalimah syahadah. Alangkah terperanjatnya doktor itu dan terus mengalirkan air mata.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: "Brgsiapa yg dpt mengucap 2 kalimah syahadah di akhir qalamnya, maka wajib baginya syurga."

Adakah kita telah benar2 bersedia utk menghadapi sebuat kematian di mana tiada lagi sebrg alasan yg blh menafikan segala dosa yg tlh kita lakukan? Mungkin kisah di atas blh sama2 kita termasuk saya sendiri utk mencari segala peluang utk mencari keredhaan Allah S.W.T. Dunia ini hanya pinjaman tempat kita berladang utk bekalan akhirat. Semua yg benar lagi sempurna itu dari Allah S.W.T.

Wassalam.


Untukmu, Kekasihku... Sahabatku... Kawanku


Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meningggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untum memulakan penghidupan baru... . Setelah sehari berjalan tiba² tercetus perselisihan faham antara mereka ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya tanpa berfikir panjang menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang di tampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian..

Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.

'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri...

Mereka terus berjalan mertedah hutan dan bukit hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu² besar. Dua sahabta itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba² sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu di hanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi bernasib baikkerana sahabat yang berbadan besar serta tegap itu berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang di penuhi batu² besar itu , sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah berjaya mengyelamatkannya. Kemudian, dia mengukir pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.

Sahabta yang bertubuh besar itu terpinga². Dia bertanya, "selepas aku menampar mukamu kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau ukir pula di atas baru... kenapa ? "

Jawab sabahat yang bertubuh kecil, "apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya"... .!