Assalamualaikum
Mungkin ada di antara kita telah pun mengetahui kisah yg akan saya ceritakan seperti berikut:-
Pd suatu mlm kira2 jam 3 pg, seorg doktor telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu tlh membuatkan doktor itu bangun lalu menjwb panggilan tersebut. Ternyata ianya dibuat dari hospital tempat beliau bertugas. Jururawat memberitahu bahawa seorg pemuda terlibat dlm satu kemalangan dan berada di Unit Kecemasan. Dia benar2 memerlukan khidmat doktor tersebut.
Apabila sampai di hospital, doktor itu mendpti mangsa adalah seorg remaja Melayu dlm lingkungan 18 thn dlm keadaan tenat dan harapan adalah 40-60. Tulang pehanya patah, tulangnya terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yg teruk di kepala dan kakinya.
Namun doktor ini berusaha utk memasukkan sebotol darah yg baru untuk tujuan penggantian semula darah yg keluar. Namun ia hanya dpt bertahan hanya sementara shj. Ketika itu keadaan remaja tersebut tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia tlh muntah dgn byk dan baunya amat busuk sekali.
Setlah beberapa ketika, remaja terbabit mula membuka mata dan keadaannya masih dlm keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendptkannya lalu mula bertanyakan beberapa keadaan utk mempastikan keadaan kepalanya.
Doktor : "Di manakah awak skrg?"
Remaja : "Saya rasa di kandang lembu"
Doktor : "Ok, tak apa (lantas doktor itu terus memberikan satu suntikan penenang utk remaja itu berehat). Namun setlah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata & doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yg sama.
Doktor : "Di manakah awak skrg?"
Remaja : "Saya rasa di kandang kuda"
Doktor terus bertanya lagi agar dpt memulihkan keadaannya. Setlah agak lama bertanya, barulah doktor itu mengetahui yg remaja itu terbabit dlm kemalangan setlh meminum arak seblm berlumba dgn kelajuan 180 km/j. Motosikalnya tidak dpt dikawal & melanggar seorg tua yg meninggal di tempat kejadian. Apabila mendengarkannya remaja itu menangis teresak-esak & benar2 menyesal.
lantas doktor itu bertanya lagi, "Adakah kamu pernah bersolat sebelum ini?". Remaja itu menjwb bahwa dia tidak pernah solat sejak baligh. Terlintas di fikiran doktor itu yg skrg "time is running out!" dia perlu buat sesuatu seblm remaja itu pergi mengadap Allah S.W.T tanpa sebrg bekalan. Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja itu mengucap 2 kalimah syahadah tapi gagal.
Jam skrg menunjukkan pukul 5.56 pg. Tiba2 kedengaran azan suboh sayup2. Lantas doktor itu mengajak remaja itu utk solat suboh buat kali yg pertama sejak baligh. Lantas dgn bantuan doktor & jururawat, remaja berkenaan dpt mengambil wuduk secara ala kadar.
Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dgn menggunakan isyarat mata shj. Dan dari situ doktor tersebut dpt melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu utk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus2 mengalir. Seblm itu remaja itu sering kali bertanya kpd doktor, "Adakah taubat saya diterima Allah?" dgn nada sebak.
Setlh solat keadaannya masih lagi kritikal. Sejurus kemudian kedua ibubapanya yg tlh berpisah dtg. Remaja itu terus menyalahkan kedua org tuanya krn mrk dia jadi begitu. Dgn izin Allah kedua-dua org tua remaja itu mendirikan solat yg seblm ini tidak pernah mrk kerjakan.
Selesai solat doktor memberitahu bahawa anak mrk semakin kritikal dan mungkin akan meninggal bila2 masa shj. Siibu pun menghampiri anaknya sambil cuba mengajar mengucap 2 kalimah syahadah. Tapi malang sekali lagi remaja itu tidak dpt mengucapkannya. Mungkin krn masih ada lagi arak dlm bdnnya. Lalu berkatalah doktor itu dgn perlahan, "Sekiranya kamu benar2 bertaubat insyaAllah Allah akan mengampuni kamu". Remaja itu terus menangis.
Lebih kurang jam 6.45 pg, remaja itu pun menghembuskan nafasnya yg terakhir. Setlh disahkan kematiannya, kemudian doktor itu mengiringi jenazah ke bilik mayat. Maha Suci Allah, berlaku satu keajaiban. Tiba2 doktor itu terdengar satu suara yg amat dikenalinya, suara remaja tadi. Dia tlh dpt mengucap 2 kalimah syahadah. Alangkah terperanjatnya doktor itu dan terus mengalirkan air mata.
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: "Brgsiapa yg dpt mengucap 2 kalimah syahadah di akhir qalamnya, maka wajib baginya syurga."
Adakah kita telah benar2 bersedia utk menghadapi sebuat kematian di mana tiada lagi sebrg alasan yg blh menafikan segala dosa yg tlh kita lakukan? Mungkin kisah di atas blh sama2 kita termasuk saya sendiri utk mencari segala peluang utk mencari keredhaan Allah S.W.T. Dunia ini hanya pinjaman tempat kita berladang utk bekalan akhirat. Semua yg benar lagi sempurna itu dari Allah S.W.T.
Wassalam.
Sunday, November 2, 2008
Kisah untuk renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment