Monday, October 6, 2008
Ancaman Jenayah Siber
Penggunaan Antivirus adalah amat penting untuk melindungi komputer/Laptop anda dari ancaman virus serta jenayah siber.Terdapat banyak antivirus yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.
Perisian-perisian jahat yang perlu kita elakkan ialah :
Spam
Menghantar email yang tidak diundang dalam kuantiti yang banyak dan tidak berterusan contohnya Iklan internet.(Anda dinasihatkan supaya tidak memaparkan email anda dimana2 lamanweb untuk mengelak email anda dipungut untuk dijadikan mangsa Spam)
Adware
Memaparkan iklan-iklan di skrin komputer anda.(Terdapat juga perisian-perisian percuma yang anda download dari internet diselitkan Adware ini oleh pembangun perisian tersebut untuk kepentingannya sendiri.)
Trojan Keylogger
mencuri kata laluan.
(merakam segala apa yang mangsa taip seperti id dan kata laluan)
Spyware
Mengutip segala maklumat yang terdapat dalam komputer si mangsa.(Lengkapkan juga komputer anda dengan perisian Anti Spyware.)
Dialer
Melencongkan sambungan "dail-up" ke nombor yang dikenakan caj yang tinggi.(Penjenayah Siber kerap melakukan ini untuk mendapat keuntungan dari jenayah yang dilakukannya)
Bots
Mengawal komputer mangsa melalui jarak jauh.
Phishing
Laman web palsu yang direka untuk mencuri kata laluan dan id mangsa.
(Cara ini sering dilakukan dengan mengirim sepucuk email yang kononnya dari bank.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment