Monday, October 6, 2008

Keselamatan PC anda..



Dibawah ada beberapa tip yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan lg keselamatan pc anda.. :)

1 ) Update versi perisian keselamatan anda.
Untuk meningkatkan lagi keselamatan Pc anda update perisian keselamatan yang anda gunakan...selalunya versi perisian yang baru menambah beberapa ciri-ciri tambahan pada perisian tersebut.


2) Jangan Klik Sebarang Pautan
Bagi mereka yang masih baru dalam dunia internet ini,tentu kurang mengetahui banyak penipuan dalam internet ini..adalah lebih baik kita tidak membuka email dari mereka2 yang kita tidak kenali..


3) Berwaspada ketika muat turun dari sesebuah web.
Banyak diluar sana memberi kita perisian2 yang menarik dan percuma...namun bukan semua diluar sana ikhlas tentu ada diluar sana mempunyai niat jahat jadi kita harus sentiasa berwaspada.


4)Tingkatkan perlindungan firewall pada komputer anda.
Pastikan firewall anda aktif di komputer anda,jika komputer anda tidak mempunyai sebarang firewall atau anda inginkan lebih dari itu anda juga boleh menggunakan perisian lain seperti zonealarm ... anda juga boleh menggunakan perisian firewall yang lain..


5 ) Gunakan Antivirus yang terkini.
Bagi komputer mereka yang tidak mempunyai sebarang antivirus,anda harus tahu kegunaan antivirus ini.Antivirus adalah sangat penting untuk kita..terdapat banyak antivirus pada masa kini,tetapi jangan tertipu dengan antivirus yang palsu.antara antivirus yang anda boleh gunakan ialah saya sarankan anda menggunakan antivirus Kaspersky(namun akan melambatkan komputer anda sedikit bagi komputer yg mempunyai spec tinggi tentu tiada masalah)


6) Pastikan Komputer anda sentiasa dimatikan jika tidak digunakan.
Hal ini kerana ia dapat mengelak komputer kita dari diceroboh oleh penggodam.Banyak yg penggodam boleh lakukan terhadap komputer kita termasuk mencuri data penting kita.Jadi untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini,matikan komputer anda jika tidak digunakan.


7) Jangan tinggalkan komputer anda bersama rakan anda.
Mengapa kita tidak boleh meninggalkan komputer kita tanpa dikunci walaupun bersama dengan orang yg kita rapat?Ini kerana seseorang boleh mencuri data2 penting kita dengan hanya beberapa minit.Tentu anda tidak mahu katalaluan atau data peribadi anda jatuh ke tangan orang lain.


8 ) Periksa proses yang sedang berjalan di komputer anda.
Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di komputer anda.Untuk mengelak perisian jahhat seperti keylogger.Keylogger mampu mencuri katalaluan anda dengan mudah.Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di Task Manager atau menggunakan perisian untuk check proses yang lain.


9 ) Simpan data peribadi anda di tempat yang selamat.
Anda boleh menyimpan fail sulit anda di suatu tempat dan lock fail tersebut...terdapat banyak perisian yang anda boleh guna untuk sembunyikan dan kunci data sulit anda contoh perisian yang selalu digunakan ialah Folder Lock


10 ) Lengkapkan komputer anda dengan perisian Antispyware.
Virus dan spyware adalah berbeza..oleh itu anda seharusnya memasang Antispyware di komputer anda,namun ada juga antivirus pada masa kini turut dilengkapi dengan Antispyware untuk memudahkan pengguna.Antara antispyware yang popular dan percuma ialah Spybot-Search-Destroy

No comments: