Monday, October 20, 2008

Rindu Seorang Sahabat...

Nie hasil nukilan sahabatku mohd asyrani yang sekarang berada di sarawak....budak beruas....korang hayati la..hehe..jiwang karat bdk nie...tapi single lagi coz dia nie suka mkn tongkeng ayam..haha...


Apa makna rindu
Apakah yang dimaksudkan dengan rindu
Dulu tidak pernah aku merasakan kerinduan
Dan tidak pernah terlintas dibenakku untuk merasa rindu
Anggapanku rindu adalah satu perkara yang remeh dan tidak perlu diambil tahu

Kini tanggapanku terhadap rindu berubah sama sekali
Setelah aku dipisahkan oleh laut china selatan
Barulah aku sedari akan makna kerinduan yang sebenar
Perasaan rindu ini menyelubungi perasaan dan mindaku

Perasaan seperti ini yang tidak pernah aku rasai sebelum ini
Perasaan yang amat kuat sekali seperti besi berani
Yang menarik antara kutub utara dan selatan

Dan ku rindukan senda gurau yang mampu membuatku ketawa
Yang kini telah aku tinggalkan dan akanku sematkan didalam kamus hidupku
Detik-detik kegembiraan yang ku lalui kurasakan terlalu singkat
Perasaan rindu ini seperti mahukan aku kembali ke masa-masa indah yang pernahku lalui

Namun apalah dayaku sebagai manusia biasa
untuk memutarkan kembali masa-masa indah yang telah berlalu
walau sesingkat mana waktu yang indah itu berlalu
akan ku jadikan Sebagai kenangan yang terindah
dihiasi dengan ikatan persahabatan

Kini aku berseorangan bekelana di negeri orang yang amat asing bagiku
Kini aku bergelar musafir yang berbekalkan doa
Dari insan-insan yang senantiasa mengingati diriku

Namun hati kecilku berbisik adakah aku pantas dirindui
Apalah sumbangan yang telah aku berikan sehingga aku pantas dirindui
Walau bagaimanapun kupejamkan mataku untuk mengingati wajah insan- insan
Yang bermakna dalam hidupku agar dapat mengubati perasaan rindu yang mendalam

Lihatlah pada bulan yang tergantung pada dinding langit malam yang ditaburi bintang-bintang
Selagi sinar pada bulan dan bintang itu tidak padam selagi itulah ikatan persahabatan ini tidak akan terpadam

Untuk insan yang merinduiku
Ubatilah rindu dengan melihat bulan dan bintang
Kerana aku masih melihat bulan dan bintang yang sama
Walau dipisah lautan yang beribu batu jaraknya
Sejauh mana kita pergi
Sejauh mana kita menjelajah tidak kira
Di langit mahupun di bumi
kita masih berada di atas dzat ciptaanNya.

1 comment:

Mohd Asyrani B. Junaidi said...

Apa da... tulis pasal tongkeng2 ayam ni.