Tuesday, December 23, 2008

Khas Buat Norliana

Hadirmu kasih apakah satu ketentuan ku cuba menghindarinya namunku tak berdaya kucuba melupakanmu bayanganmu mengekori langkahku mengapa harus terjadi dikala hatiku tertutup rapat menerima cinta namun... ..aku tertewas jua kerana... ... takdir mengatasi segalanya Kelembutan kasihmu membawa sinar dalam hidupku kita ditakdirkan bertemu & menjadi pasangan bahagia ditaburi bunga-bunga indah meraikan cinta kita Kehadiranmu... .. melenyapkan sepiku gurau sendamu memenuhi ruang kamarku renungan matamu mengungkap seribu rahsia senyumanmu membuatkan hatiku tertawan kini... .. ku pasrah dengan ketentuan-Nya kau dan aku ditakdirkan bersama... ... .

Sunday, November 23, 2008

COVER MALU...


1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.." oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda... .

6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula... .

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu... ye tak?... .

koleksi lawak kata

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT: Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air.
(Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)

Pen merah, pen biru, pen hitam... .
Jangan marah, mata i biru, muka u hitam...
Nanti naik u punya darah tinggi, lagilah kes haru, silap-silap boleh pitam!

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

Lawa rambut kau tu macam teknik rebonding, hitam dan bersinar! Sayangnya rambut tu tumbuh kat dada, kalau tumbuh kat kepala kau yang bersinar tu bukankan bertambah hensem!

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

Tulislah pada pintu tandas awam. Masa itu emas, jadi jangan buang masa. Buang apa yang patut kerana orang lain sedang menunggu untuk membuang, cuma tunggu masa saja.

Aku rasa kau kena diet laa... . Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya... ..


SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jum[pa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah... . hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer... .

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu... .
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kamoung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!


DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!


SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


CIKGU: Francis Light ialah orang yang menemui Pulau Pinang, siapakah yang menemui Pulau Pangkor?
MURID: Francis Mild, cikgu!

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.


SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER


SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


Alahai jejaka, rupa paras indah belaka, mana gadis hati tak suka, senyum memikat menghiasi muka, tapi sebaliknya siapa sangka buaya tembaga lagi berpuaka.


Alahai buaya, ini manusia memang bahaya, hidup penuh foya-foya, habis anak dara diperdaya, sekali pandang tampan bergaya, rupanya penipu berjaya.

cerita lawak


Story 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta tu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu tu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak hairan kerana aku marah dia dalam
garaj kereta rumah dia.

Story 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan,
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, "Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Story 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"
"Atok bagi surat kat kawan atok" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi "apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Story 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut dipanggil penipu, penjual berkata "Eh! tadi merah, pasal jatuh tu la, dia takut jadi pucat dan putih." Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka penjual tu.

Story 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu."

Sunday, November 2, 2008

Kisah untuk renungan


Assalamualaikum

Mungkin ada di antara kita telah pun mengetahui kisah yg akan saya ceritakan seperti berikut:-

Pd suatu mlm kira2 jam 3 pg, seorg doktor telah pun dikejutkan oleh satu panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu tlh membuatkan doktor itu bangun lalu menjwb panggilan tersebut. Ternyata ianya dibuat dari hospital tempat beliau bertugas. Jururawat memberitahu bahawa seorg pemuda terlibat dlm satu kemalangan dan berada di Unit Kecemasan. Dia benar2 memerlukan khidmat doktor tersebut.

Apabila sampai di hospital, doktor itu mendpti mangsa adalah seorg remaja Melayu dlm lingkungan 18 thn dlm keadaan tenat dan harapan adalah 40-60. Tulang pehanya patah, tulangnya terkeluar, tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yg teruk di kepala dan kakinya.

Namun doktor ini berusaha utk memasukkan sebotol darah yg baru untuk tujuan penggantian semula darah yg keluar. Namun ia hanya dpt bertahan hanya sementara shj. Ketika itu keadaan remaja tersebut tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Sebelum itu dia tlh muntah dgn byk dan baunya amat busuk sekali.

Setlah beberapa ketika, remaja terbabit mula membuka mata dan keadaannya masih dlm keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendptkannya lalu mula bertanyakan beberapa keadaan utk mempastikan keadaan kepalanya.

Doktor : "Di manakah awak skrg?"
Remaja : "Saya rasa di kandang lembu"
Doktor : "Ok, tak apa (lantas doktor itu terus memberikan satu suntikan penenang utk remaja itu berehat). Namun setlah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata & doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yg sama.

Doktor : "Di manakah awak skrg?"
Remaja : "Saya rasa di kandang kuda"

Doktor terus bertanya lagi agar dpt memulihkan keadaannya. Setlah agak lama bertanya, barulah doktor itu mengetahui yg remaja itu terbabit dlm kemalangan setlh meminum arak seblm berlumba dgn kelajuan 180 km/j. Motosikalnya tidak dpt dikawal & melanggar seorg tua yg meninggal di tempat kejadian. Apabila mendengarkannya remaja itu menangis teresak-esak & benar2 menyesal.

lantas doktor itu bertanya lagi, "Adakah kamu pernah bersolat sebelum ini?". Remaja itu menjwb bahwa dia tidak pernah solat sejak baligh. Terlintas di fikiran doktor itu yg skrg "time is running out!" dia perlu buat sesuatu seblm remaja itu pergi mengadap Allah S.W.T tanpa sebrg bekalan. Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja itu mengucap 2 kalimah syahadah tapi gagal.

Jam skrg menunjukkan pukul 5.56 pg. Tiba2 kedengaran azan suboh sayup2. Lantas doktor itu mengajak remaja itu utk solat suboh buat kali yg pertama sejak baligh. Lantas dgn bantuan doktor & jururawat, remaja berkenaan dpt mengambil wuduk secara ala kadar.

Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dgn menggunakan isyarat mata shj. Dan dari situ doktor tersebut dpt melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu utk bertaubat. Ketika itu juga air matanya tak putus2 mengalir. Seblm itu remaja itu sering kali bertanya kpd doktor, "Adakah taubat saya diterima Allah?" dgn nada sebak.

Setlh solat keadaannya masih lagi kritikal. Sejurus kemudian kedua ibubapanya yg tlh berpisah dtg. Remaja itu terus menyalahkan kedua org tuanya krn mrk dia jadi begitu. Dgn izin Allah kedua-dua org tua remaja itu mendirikan solat yg seblm ini tidak pernah mrk kerjakan.

Selesai solat doktor memberitahu bahawa anak mrk semakin kritikal dan mungkin akan meninggal bila2 masa shj. Siibu pun menghampiri anaknya sambil cuba mengajar mengucap 2 kalimah syahadah. Tapi malang sekali lagi remaja itu tidak dpt mengucapkannya. Mungkin krn masih ada lagi arak dlm bdnnya. Lalu berkatalah doktor itu dgn perlahan, "Sekiranya kamu benar2 bertaubat insyaAllah Allah akan mengampuni kamu". Remaja itu terus menangis.

Lebih kurang jam 6.45 pg, remaja itu pun menghembuskan nafasnya yg terakhir. Setlh disahkan kematiannya, kemudian doktor itu mengiringi jenazah ke bilik mayat. Maha Suci Allah, berlaku satu keajaiban. Tiba2 doktor itu terdengar satu suara yg amat dikenalinya, suara remaja tadi. Dia tlh dpt mengucap 2 kalimah syahadah. Alangkah terperanjatnya doktor itu dan terus mengalirkan air mata.

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda: "Brgsiapa yg dpt mengucap 2 kalimah syahadah di akhir qalamnya, maka wajib baginya syurga."

Adakah kita telah benar2 bersedia utk menghadapi sebuat kematian di mana tiada lagi sebrg alasan yg blh menafikan segala dosa yg tlh kita lakukan? Mungkin kisah di atas blh sama2 kita termasuk saya sendiri utk mencari segala peluang utk mencari keredhaan Allah S.W.T. Dunia ini hanya pinjaman tempat kita berladang utk bekalan akhirat. Semua yg benar lagi sempurna itu dari Allah S.W.T.

Wassalam.


Untukmu, Kekasihku... Sahabatku... Kawanku


Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meningggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untum memulakan penghidupan baru... . Setelah sehari berjalan tiba² tercetus perselisihan faham antara mereka ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya tanpa berfikir panjang menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang di tampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian..

Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah.

'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU' tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri...

Mereka terus berjalan mertedah hutan dan bukit hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu² besar. Dua sahabta itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba² sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu di hanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja sahabat ini lemas. Tetapi bernasib baikkerana sahabat yang berbadan besar serta tegap itu berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang di penuhi batu² besar itu , sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah berjaya mengyelamatkannya. Kemudian, dia mengukir pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'.

Sahabta yang bertubuh besar itu terpinga². Dia bertanya, "selepas aku menampar mukamu kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau daripada lemas, kau ukir pula di atas baru... kenapa ? "

Jawab sabahat yang bertubuh kecil, "apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya"... .!


Monday, October 20, 2008

Rindu Seorang Sahabat...

Nie hasil nukilan sahabatku mohd asyrani yang sekarang berada di sarawak....budak beruas....korang hayati la..hehe..jiwang karat bdk nie...tapi single lagi coz dia nie suka mkn tongkeng ayam..haha...


Apa makna rindu
Apakah yang dimaksudkan dengan rindu
Dulu tidak pernah aku merasakan kerinduan
Dan tidak pernah terlintas dibenakku untuk merasa rindu
Anggapanku rindu adalah satu perkara yang remeh dan tidak perlu diambil tahu

Kini tanggapanku terhadap rindu berubah sama sekali
Setelah aku dipisahkan oleh laut china selatan
Barulah aku sedari akan makna kerinduan yang sebenar
Perasaan rindu ini menyelubungi perasaan dan mindaku

Perasaan seperti ini yang tidak pernah aku rasai sebelum ini
Perasaan yang amat kuat sekali seperti besi berani
Yang menarik antara kutub utara dan selatan

Dan ku rindukan senda gurau yang mampu membuatku ketawa
Yang kini telah aku tinggalkan dan akanku sematkan didalam kamus hidupku
Detik-detik kegembiraan yang ku lalui kurasakan terlalu singkat
Perasaan rindu ini seperti mahukan aku kembali ke masa-masa indah yang pernahku lalui

Namun apalah dayaku sebagai manusia biasa
untuk memutarkan kembali masa-masa indah yang telah berlalu
walau sesingkat mana waktu yang indah itu berlalu
akan ku jadikan Sebagai kenangan yang terindah
dihiasi dengan ikatan persahabatan

Kini aku berseorangan bekelana di negeri orang yang amat asing bagiku
Kini aku bergelar musafir yang berbekalkan doa
Dari insan-insan yang senantiasa mengingati diriku

Namun hati kecilku berbisik adakah aku pantas dirindui
Apalah sumbangan yang telah aku berikan sehingga aku pantas dirindui
Walau bagaimanapun kupejamkan mataku untuk mengingati wajah insan- insan
Yang bermakna dalam hidupku agar dapat mengubati perasaan rindu yang mendalam

Lihatlah pada bulan yang tergantung pada dinding langit malam yang ditaburi bintang-bintang
Selagi sinar pada bulan dan bintang itu tidak padam selagi itulah ikatan persahabatan ini tidak akan terpadam

Untuk insan yang merinduiku
Ubatilah rindu dengan melihat bulan dan bintang
Kerana aku masih melihat bulan dan bintang yang sama
Walau dipisah lautan yang beribu batu jaraknya
Sejauh mana kita pergi
Sejauh mana kita menjelajah tidak kira
Di langit mahupun di bumi
kita masih berada di atas dzat ciptaanNya.

Wednesday, October 15, 2008

Buat Sahabatku...


Sahabat
Sudah tertulis di 'diari' kita...
yang tersimpan penuh rahsia...
walaupun kita tahu di mana letaknya..
namun ... .
kita tidak dapat menjejakinya...

Sahabat...
diri ini amat bersyukur..
kerna terdapat walau sacalit nama ku...
di dalam 'diari' mu itu...
walau hanya 'setitik dakwat'...
tapi ia amat bermakna bagi diri ku..
maafkan diri ini...
kerana.. 'diari' mu itu...
telah terconteng nama ku...

Sahabat...
masa terus berlalu...
dari kemesraan lahir putik-putik ikatan kawan...
putik kian bercambah menjadi kuntuman persahabatan..
di bajai baja keikhlasan...
disimbah .. disirami kejujuran...
di hadiahkan haruman keredhaan dari-Nya..
kerana diri ini hanya insan kerdil...
yang menumpang sementara di bumi Illahi...

Sahabat... .
masa akan terus berdetik...
kerna Dia telah bersumpah berjanji...
tertulis di surah al-Ashr...
terkandung dalam 'kitab' yang tiada tandingan lagi suci..
kuntuman pasti akan layu...
membiarkan kita bermain dengan teka-teki...
'ditinggalkan'... . atau 'meninggalkan'...
sahabat di sini...
kita pasti tetap kan 'pergi'...
menemui.. 'kekasih'.. yang 'Abadi'... lagi.. 'Hakiki'...

Wassalam...

Sayang Ku... ...

Sayang Ku... ... .,
Pada Mu Ku Luahkan Rasa Hati, Pada Mu Jua Ku Curahkan Rasa Kasih, Dikaulah Nan Bertakhta Di Hati, Wahai Sayang Ku... .., Sesungguhnya Dikaulah Yang Rindui dan Dikaulah Ku Sayangi, Senyuman Mu Nan Manis Menjadi Penawar Duka, Kembang Bak Saroja Pagi Nan Menghantui Jiwa, Jelingan Mata Mu Yang Manja, Mampu Menusuki Jiwa, Renungan Mata Mu Yang Redup, Seredup Bak Hujan Setelah Membasahi Bumi, Ketahuilah Wahai Insan Yang Bernama Kekasih... ... .., Hanyalah Dikau Yang Bertakhta di Hati, Dan Kasihku Tiada Duanya, Pada Mu Ku Rasa Hati, Moga Ianya Berkekalan Hingga Ke Akhir Nanti, Wahai Sayang Ku.

Saturday, October 11, 2008

Makna Tersirat Disebalik Tandatangan Anda?


1. Satu garisan di bawah tandatangan
* Seorang yang sangat yakin
* Ada personality yang hebat
* Agak selfish
* Percaya yang kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tandatangan
* Anda romantik * Mudah tukar pasangan macam tukar baju
* Memilih kecantikan ( bagi lelaki )
* Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik ( bagi wanita )
* Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tandatangan
* Anda kelihatan mudah & tenang
* Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai ( dikhianat )

4. Tiada garisan / titik di bawah tandatangan
* Enjoy dengan hidup anda
* Ikut gaya & cara anda sendiri
* Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tandatangan yang tak ada kaitan dengan nama
* Anda sentiasa berusaha supaya smart
* Suka berselindung
* Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
* Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
* Anda cerdik tapi kurang nak berfikir
* Anda cepat menukar pandangan & idea

7. Tandatangan huruf satu-satu, tak bersambung
* Seorang yang sangat prihatin
* Tak pentingkan diri sendiri
* Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
* Seorang pemikir
* Seorang yang mudah serik

8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
* Seorang yang sangat baik
* Boleh seimbangkan diri dalam apa jua keadaan / dengan siap jua anda berurusan
* Tegas dengan pendapat sendiri * Ada semangat yang tinggi l

kenali keperibadian anda

kenal peribadi diri anda ? Try this out ! What you have to do is only to draw a view , only a simple one , and no need to colour . Ok , here's how this psycological game goes ... BUT BEFORE THAT , I WOULD LIKE TO REMIND YOU , THAT YOU HAVE TO DRAW A SCENERY WITH ALL THESE 'THINGS' THAT YOU HAVE TO DRAW ... OK , FOLLOW MY INSTRUCTIONS !

1. Lukis gunung . ( it doesn't matter, how high, or how many you want to draw, or how it looks like )
2.Lukis matahari . ( tak kisahlah nak lukis macam mana )
3. Lukis sungai .
4.Kemudian lukis batu
( anywhere you want to put it, or how many you wanna draw )
5.Then , lukis sawah padi .
6. Then , lukis rumah .
7. Hmm... kemudian lukis pokok
(letaklah kat mana pun) .
8. After that , lukis bunga( nak lukis sekuntum-sekuntum ke, setangkai-setangkai ke, atas rumah ke, bawah rumah ke, terpulang ! )
9. Kemudian lukis burung ( terpulang nak lukis banyak mana ) .
10.Akhir sekali , lukis ular ( seekor saja ye ! Letaklah kat mana-mana pun )

OK , DAH SELESAI MELUKIS , JOM kita LIHAT APA TAFSIRAN LUKISAN ANDA !!!

1. Gunung melambangkan cita-cita dan impian anda . Setinggi mana gunung yang anda lukis , setinggi itulah impian dam matlamat , dan cita-cita anda !

2. Adakah matahari anda bersembunyi di sebalik gunung ? Jika begitu anda seorang yang pemalu dan kurang berani berhadapan dengan orang ramai ! Jika sebaliknya , tahniah ... kerana anda berani menyarakan pendapat , dan berani bersemuka dengan sesiapa pun . ( tapi janganlah over-over ye ! )

3. Ok , sungai . Sekiranya anda melukis sungai dari puncak gunung , bermakna , apabila anda ditimpa sebarang masalah , anda akan mengkaji apakah sebenarnya punca masalah anda iutu . Ringkasnya , anda seorang yang teliti .

4. Jika batu yang anda lukis , di dalam sungai , ini bermakna anda seorang yang emosional ! hehe.. relak lah... dan jika sebaliknya , andalah penyeri seluruh alam !

5. Jika sawah padi anda nampak luas dalam lukisan , ini bermakna anda seorang yang berpandangan jauh .

6. Rumah yang anda lukis melambangkan diri anda sendiri ! Sekiranya rumah anda nampak ... well... kurang elok , so , muhasabahlah diri anda ok ? good luck !

7. Apabila anda melukis pokok lebih tinggi dari rumah , ini bermaksud , anda seorang yang sangat pentingkankeluarga !

8. Sekiranya anda melukis bunga , setangkai demi setangkai , dan bukannya sekuntum-sekuntum , anda seorang yang setia !

9. Ok , jika anda melukis burung lebih dari 4 ekor , ini bermakna anda ialah seorang yang mementingkan persahabatan .

10. And finally , ular . Itulah jodoh anda !!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi , ini bermakna , jodoh anda berada dekat dengan anda ? jadi , hehe... siapakah dia?

Monday, October 6, 2008

Keselamatan PC anda..



Dibawah ada beberapa tip yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan lg keselamatan pc anda.. :)

1 ) Update versi perisian keselamatan anda.
Untuk meningkatkan lagi keselamatan Pc anda update perisian keselamatan yang anda gunakan...selalunya versi perisian yang baru menambah beberapa ciri-ciri tambahan pada perisian tersebut.


2) Jangan Klik Sebarang Pautan
Bagi mereka yang masih baru dalam dunia internet ini,tentu kurang mengetahui banyak penipuan dalam internet ini..adalah lebih baik kita tidak membuka email dari mereka2 yang kita tidak kenali..


3) Berwaspada ketika muat turun dari sesebuah web.
Banyak diluar sana memberi kita perisian2 yang menarik dan percuma...namun bukan semua diluar sana ikhlas tentu ada diluar sana mempunyai niat jahat jadi kita harus sentiasa berwaspada.


4)Tingkatkan perlindungan firewall pada komputer anda.
Pastikan firewall anda aktif di komputer anda,jika komputer anda tidak mempunyai sebarang firewall atau anda inginkan lebih dari itu anda juga boleh menggunakan perisian lain seperti zonealarm ... anda juga boleh menggunakan perisian firewall yang lain..


5 ) Gunakan Antivirus yang terkini.
Bagi komputer mereka yang tidak mempunyai sebarang antivirus,anda harus tahu kegunaan antivirus ini.Antivirus adalah sangat penting untuk kita..terdapat banyak antivirus pada masa kini,tetapi jangan tertipu dengan antivirus yang palsu.antara antivirus yang anda boleh gunakan ialah saya sarankan anda menggunakan antivirus Kaspersky(namun akan melambatkan komputer anda sedikit bagi komputer yg mempunyai spec tinggi tentu tiada masalah)


6) Pastikan Komputer anda sentiasa dimatikan jika tidak digunakan.
Hal ini kerana ia dapat mengelak komputer kita dari diceroboh oleh penggodam.Banyak yg penggodam boleh lakukan terhadap komputer kita termasuk mencuri data penting kita.Jadi untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini,matikan komputer anda jika tidak digunakan.


7) Jangan tinggalkan komputer anda bersama rakan anda.
Mengapa kita tidak boleh meninggalkan komputer kita tanpa dikunci walaupun bersama dengan orang yg kita rapat?Ini kerana seseorang boleh mencuri data2 penting kita dengan hanya beberapa minit.Tentu anda tidak mahu katalaluan atau data peribadi anda jatuh ke tangan orang lain.


8 ) Periksa proses yang sedang berjalan di komputer anda.
Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di komputer anda.Untuk mengelak perisian jahhat seperti keylogger.Keylogger mampu mencuri katalaluan anda dengan mudah.Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di Task Manager atau menggunakan perisian untuk check proses yang lain.


9 ) Simpan data peribadi anda di tempat yang selamat.
Anda boleh menyimpan fail sulit anda di suatu tempat dan lock fail tersebut...terdapat banyak perisian yang anda boleh guna untuk sembunyikan dan kunci data sulit anda contoh perisian yang selalu digunakan ialah Folder Lock


10 ) Lengkapkan komputer anda dengan perisian Antispyware.
Virus dan spyware adalah berbeza..oleh itu anda seharusnya memasang Antispyware di komputer anda,namun ada juga antivirus pada masa kini turut dilengkapi dengan Antispyware untuk memudahkan pengguna.Antara antispyware yang popular dan percuma ialah Spybot-Search-Destroy

Ancaman Jenayah Siber


Penggunaan Antivirus adalah amat penting untuk melindungi komputer/Laptop anda dari ancaman virus serta jenayah siber.Terdapat banyak antivirus yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.

Perisian-perisian jahat yang perlu kita elakkan ialah :

Spam
Menghantar email yang tidak diundang dalam kuantiti yang banyak dan tidak berterusan contohnya Iklan internet.(Anda dinasihatkan supaya tidak memaparkan email anda dimana2 lamanweb untuk mengelak email anda dipungut untuk dijadikan mangsa Spam)

Adware
Memaparkan iklan-iklan di skrin komputer anda.(Terdapat juga perisian-perisian percuma yang anda download dari internet diselitkan Adware ini oleh pembangun perisian tersebut untuk kepentingannya sendiri.)

Trojan Keylogger
mencuri kata laluan.
(merakam segala apa yang mangsa taip seperti id dan kata laluan)

Spyware
Mengutip segala maklumat yang terdapat dalam komputer si mangsa.(Lengkapkan juga komputer anda dengan perisian Anti Spyware.)

Dialer
Melencongkan sambungan "dail-up" ke nombor yang dikenakan caj yang tinggi.(Penjenayah Siber kerap melakukan ini untuk mendapat keuntungan dari jenayah yang dilakukannya)

Bots
Mengawal komputer mangsa melalui jarak jauh.

Phishing
Laman web palsu yang direka untuk mencuri kata laluan dan id mangsa.
(Cara ini sering dilakukan dengan mengirim sepucuk email yang kononnya dari bank.)

Sunday, October 5, 2008

Erti KaWaN



erm...
hidup x b'makne tanpe kawan... kawan memainkan peranan penting dlm sesebuah k'hidupan... � selain keluarga.. kawan juge boleh menjadi satu pengaruh yang besar dalam hidup seseorang... kawan ni ade mcm2 jenis..
(a) kawan menanges..
(b) kawan mase gembire..
(c) kawan yg boleh m'bawe k'baikan..
dan ade juge kwn yg hnye akan m'bawe kpd k'burukan... setiap insan di beri pilihan utk memilih kawan... so... pilih la kwn yg baek dan tinggalkan la kwn yg hanye akn m'bawe k'burukan kpd kite dan juge kite sbgai seseorg kwn... jd lah kwn yg baek... agar kite jugak akn mendapat kwan yg baek... dan juge sbg seorg kwn... � kte juge memikul tnggungjwb yg bsar tuk m'jage seorg kwn... '' sahabat itu wujud dari 1 p'temuan dgn 10 p'tanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta b'juta-juta kali p'juangan dgn satu keikhlasan atas keredhaan ALLAH... "

Quotes of love







"Don't find love, let love find you. That's why it's called falling in love because you don't force yourself to fall, you just fall." "Once you accept someone for who and what they really are, they will really surprise you by being better than you ever expected." "Know love, know happiness. No love, no happiness." "I love you not because I need you, But I need you because I love you." "Love is loving/ accepting a person with all his/her strength and weaknesses." "Never love a love that hurts, never hurt a love that loves." "Love is not for the one you love, it is for the one who makes you feel special, with whom you laugh, cry, share, with whom you are yourself, who makes a difference to your life, makes you feel... .love." "Lucky is the man who is the first love of a woman but luckier is the woman who is the last love of a man." "Pain is to know that someone whom you love, is in love with someone else." "I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you for the part of me that you bring out." "Friends are angels who lift us to our feet when our wings have problems remembering how to fly." "If I had a star for each time I thought about you, I would have the entire sky in my hands." "Guys are like stars, they're millions of them, but only one can make your dreams come true!." "Don't fall in love with someone you can live with! Fall in love with someone you can't live without!" "Remember when you asked me who I liked and I said no one? What I really meant was no one but you!" "If I could come back in life as anything I would be one of your tears. What more could I want than to be conceived in your heart, born in your eyes, live on your cheeks, and die on your lips?" "You may laugh because I'm different, but I laugh because you're ALL the same." "Last night I looked up at the stars and matched each one with a reason why I love you. I was doin great until I ran out of stars." "You came from no where, and in no time got close.., not to me, but to my heart." "When two friends fall in love they learn they are meant for each other. When they fall out of love they realize they want to keep each other forever." "Love is not something that happens on first sight, it happens when you start knowing each other and in turn end up needing each other, for every feeling, for every thought and for every moment." "Missing you is'nt the hardest part, knowing I once had you and let go is breaking my heart!"